Tuesday, June 23, 2009

Alpha Lipid Lifeline & Squad 69

En. Abdul Rahman dari Skuad 69 Kuching ( Persatuan Kebajikan Bekas Polis Tahun 1969) mengajak saya menyertai roadshow exhibition mereka yang akan berlangsung di Bintulu dari 19 ke 21 Jun2009 bertempat di Park City Mall.

Saya berlepas dari Kuching ke Sibu dengan Maswing pada Khamis 18 Jun. Sampai Di Sibu jam 4 petang diambil oleh Sdr Wan Alim ( my upline ). Malam itu saya menginap dirumah beliau di Kemoyang. Saya datang dengan 12 tin susu kolotrum Alpha Lipid 450gm dan sebidang sepanduk.

Jumaat 19 Jun kami berdua berlepas ke Bintulu dengan Proton Juara beliau yang dihias cantik dengan rangkaian ayat-ayat Alpha Lipid Lifeline dikiri-kanan badan Juara, lengkap dengan nombor telefonnnya. Perjalanan dari Sibu sejauh 170km melalui Borneo Trans Highway.

( Malangnya BTH ni tak nampak macam highway langsung. Selayak jalan kampongan . Somebody need to do something to upgrade it for the benefit of everybody. Without question defenitely inportant).

Sampai di lobi Park City Mall kira-kira jam 11.00 pagi. Setelah membuat tinjauan tempat pameran dan mengesahkan lokasi meja untuk Alpha Lipid Lifeline, kami berlepas ke Masjid Al Shakirin untuk Solat Jumaat.

Selepas Solat Jumaat di Masjid Biru itu, kami singgah di Restaoran Selera Idaman makan tengahari. Tak syak lagi, memang berselera.

Jam 2.30 petang meja Alpha Lipid Lifeline pun dibuka. Saya dan Wan Alim sebok mengatur apa yang perlu. Aturkan tin susu dan botol capsule. Susunkan phamplets dan pasangkan sepanduk iklannya. Memang canggih.

Memang hebat. Ternyata hebat. Orang Bintulu memang hebat. Ramai yang dah pun mengambil ' breakfast drink for smart people " ini dan dah tahu pun kebaikannya. Tak syak lagi. Malangnya untuk ' repeat order" dan untuk mendapatkan maklumat lanjut yang lebih lengkap , mereka tak tahu kemana nak dituju. Ramai yang terpaksa membuat "repeat order" melalui rakan dan taulan dari Semenanjung.

Ada juga yang tak tahu langsung apa ituAlpha Lipid Lifeline. Saya dan Wan Alim sebok memberi penerangan kepada setiap pertanyaan dari pelbagai etnik yang datang ke Park City Mall. Tak kurang juga yang ingin ikut aktif menyertai pemasarannya.

Kesimpulannya kami berjaya meraih perhatian dan penyertaan masyarakat Bintulu. Mereka memang mencarinya. Dan Alpha Lipid Lifeline memang ada dimana-mana. Alpha Lipid Lifeline dan masyarakat tak dapat dipisahkan, mengingini antara satu dengan yang lain seperti semut dan gula.

Acara hari Jumaat dari jam 2.30 petang sampai jam 6.30 petang. Pada hari Sabtu pula ianya berangsung dari jam 10.00 pagi sampai jam 6.00 petang.

Ahad 21 Jun kami berlepas awal balik ke Sibu untuk menghadiri majlis perkahwinanan disana yang akan bermula jam 10.00 pagi. Ya! 10 pagi. itu budaya di sini. Ya! masih melalui Borneo Trans Highway juga. Wan Alim ingatkan saya memandu jangan melebehi 80km sahaja. Okey!

Saya sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan ramai keluarga Alpha Lipid di Sibu petang itu. Wan alim menghimpunkan semua mereka dengan acara barbeque di rumahnya.

Upline kami ini memang hebat. Rajin dan berinovatif mengatur program untuk memdidik downline beliau. Saya dapat rasakan semua yang hadir, ceria belaka dan sebok bercerita mengenai kejayaan aktiviti masing-masing mempromosi Alpha Lipid Lifeline dan juga cerita-cerita hasil yang diterima melaui akaun bank masing-masing.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah s.w.t

Saya berlepas balik ke Kuching dengan ekspress laju Sinaran Bahagia, perkhidmatan boat panjang yang rasanya lebih nyaman dan comfortable. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam ketika sampai di jeti Pending, Kuching.

Terima kasih Wan Alim dan semua rakan-rakan di Sibu dan Bintulu.

Selamat tinggal Bintulu dan Sibu. Bertemu lagi di Borneo Cultural Festival di Sibu dari 3 hingga 11 Julai nanti. Adioas!

No comments:

Post a Comment