Thursday, September 17, 2009

KETUPAT RENDANG




Dua hari lepas aku mendapat tempahan sebanyak 6 tin Alpha Lipid Lifeline drpd Puan Hjh. Hashimah pengusaha Satok Elektronik. Tuan Hj. Su'ud dari Taman BDC, kawan aku berjemaah di Masjid Barakah memesan 1 tin.

Semalam pulak aku dapat panggilan dari Puan Dayang Diana yg bertugas dgn Maybank Islamic Jlan Satok memesan 2 tin. Encik Tuah dari Petra Jaya pulak memesan 1 tin melalui handsetnya.

Eh. Sebok juga nampaknya aku menjelang hari raya ni.

Aku juga selalu berjualan secara bersendirian di Jalan Rubber berhampiran dgn PasarTamu. Pembelinya semua muka baru bagi aku. Maklumlah orang yg nak ke pasar. Ramai mereka yg telah biasa dgn susu kolostrum ini. Mereka berhenti dan mereka bercerita mengenai pengalaman masing-masing. Kesemua mereka memberikan komen positif mengenai khasiat susu ini. Alhamdulillah!

Ada seorang petugas dgn jabatan Pertanian di Bangunan Iskandar, Simpang Tiga memberitahu, setiap pagi beliau memberi anaknya minum Alpha Lipid Lifeline sebelum kesekolah. Yang menariknya ialah pernah berlaku ramai kanak-kanak yg bersekolah dgn anak beliau diserang demam. Tapi anak beliau tidak demam. Ini bermakna amalan pengambilan susu ini, meningkatkan daya ketahanan badan yang dibekalkan oleh kolostrum & lipid yang terkandung di dalamnya.

Seorang pelanggan lain pula memberitahu , beliau memerlukan susu ini untuk diberi kpd anak beliau yg sedang mendapat rawatan kemotrapi penyakit kanser. Aku doakan semoga anak beliau bertambah sihat.

Disini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kpd semua pelanggan yg berugama Islam. Maaf Zahir Batin. Semoga kita semua mendapat keredaan Allah jua bagi semua amal ibadat yang kita kerjakan selama ini, kerana semua itu kita kerjakan atas nawaitu Lillhi Ta"ala. Bukan nak tunjuk-tunjuk sesama manusia.

Kalau masih ada yg nak pesan Alpha Lipid Lifeline, hubungi aku segera. Untuk makluman semua, aku akan berada di Semenanjung dari 15hb. Sept hingga 3 Oktober. Cuti panjang. Panjang juga lah. Orang pencenlah katakan. Cuti lulus sendiri.

Hubungi saya melalui nombor ini; 017-8665677.

********


No comments:

Post a Comment