Friday, September 18, 2009

Berpindah Rumah Baru..

1. Azan : Melaungkan azan ketika pertama kali masuk pejabat atau rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah ; Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud:- Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya uutuk tidur). Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran: Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;-“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas: Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali,salawat ke atas Nabi senayak 7 kali, Ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam:- Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.

Bagaimanapun ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis Air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:-

(i) Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas.

(ii) Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas.

(iii) Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.

Walahualam.
*********

No comments:

Post a Comment