Wednesday, September 16, 2009

SUHARTO 6

Meninggal dunia

Bekas Presiden Indonesia ini akhirnya menyahut seruan Illahi pada 27 Januari 2008 jam 13.10 waktu Indonesia bahagian Barat, setelah terlantar sakit dan disorong tarik ke bilik rawatan rapi di Hospital Pusat Pertamina di Jakarta Selatan. Jantung, paru-paru dan ginjal gagal berfungsi dan pernafasan Allahyarham sepenuhnya bergantung kepada mesin bantuan. Sebagai menghormatinya, Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan Indonesia berkabung selama 7 hari.[1]

Pemimpin-pemimpin dan rakyat Malaysia amat menghormatinya kerana Allahyarhamlah satu-satunya pemimpin Indonesia yang berjaya menamatkan gerakan Ganyang Malaysia yang dilancarkan oleh Sukarno.[2] Sebagai menghargai jasa Allahyarham, turut hadir dimajlis pengkebumiannya ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Bagi Mahathir, Allahyarham merupakan sahabat baiknya dan kehilangan beliau amat sukar dicari ganti. Sebagai memperingati pemergiannya, sebuah rancangan FELDA di Selangor telah diabadikan sebagai Felda Suharto sempena lawatan Allahyarham ke rancangan tersebut pada tahun 1977, 12 tahun selepas konfrontasi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkannya dikalangan orang-orang yang beriman. al-Fatihah

Akhbar Malaysia turut membuat litupan di atas kematian Suharto yang dianggap seseorang yang merendah diri dan tidak pernah membina tugu atau taman atas namanya sendiri.

**********

No comments:

Post a Comment