Tuesday, September 15, 2009

SYAER PAK HAMKA

Rindu itu untuk mereka yang ingin berfikir

Orang yang berakal hanyalah merindui 3 perkara:-

1. menyediakan bekal untuk hari kemudian
2. mencari kelazatan buat jiwa
3. menyelidiki erti hidup

Kata Pak Hamka:
Kitab kecil yang disediakan Allah ialah diri kita sendiri. Pada diri itu terlukis serba sedikit rahsia alam ini. Kitab itu dibawa kemana jua pergi, di pakai siang dan malam. Kalau hendak memperluas, memperdalam, masuklah ke dalam hati alam, renunglah, renanglah; kalau tidak sanggup, cukupkanlah dengan kitab kecil itu sahaja;

"Dan pada bumi ini adalah beberapa tanda untuk orang yang yakin, dan pada dirimu sendiri apakah tidak engkau lihat" (Surah Adz-Dzariyat: ayat 20-21)

Syaer pak hamka
:

Mengapa payah belayar jauh
Mencari Mutiara di laut dalam
Sudahlah patut kapal bersauh
Bawalah menung di hening malam

Bilalah larut malam gelita
Bilalah sepi dunia sekeliling
Dengar suara di jiwa kita
Jelas terdengar meskipun hening.

Kenal pada rahsia ini menyebabkan kita kenal rahsia alam begitu indah dan cantiknya, mengapa hati kita selalu tertutup?

Azab nikmat yang dicabut Tuhan. Azab jiwa yang menjadi kasar padahal dahulu halus. Apakah yang lebih berat daripada terusir, di suruh pergi, tidak boleh hadir di dalam Majlis Tuhan?

Bagi seorang ahli budi, azab demikianlah yang ditakutinya; lantaran dosanya, hatinya tidak bercahaya lagi.

Dengarkan jua pantun Imam Shafie
;

"Aku adukan kepada guruku Waki', akan keburukan hafalanku.
Maka beliau tunjukkanlah supaya aku suka meninggalkan maksiat."

Dan beliau ajarkan pula bahwa ilmu itu ialah Nur.
Dari Nurullah itu tiadalah akan diberikan-Nya kepada orang yang ashik berbuat dosa.

*******

No comments:

Post a Comment