Thursday, February 4, 2010

AL QURAN SEBAGAI MUKJIZAT NABI MUHAMMAD YG PALING AGUNG

Setiap nabi yg diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk mengajak manusia menyembah Tuhan Yang Esa dan melakukan kebaikan dan menjauhkan kemungkaran, diberikan oleh Allah s.w.t. mukjizat.

Mukjizat adalah satu fenomena luarbiasa yg ditunjukkan oleh nabi kepada manusia untuk meyakinkan manusia bahawa ajaran yang dibawanya itu benar. Apabila manusia menyaksikan mukjizat tersebut mereka menjadi yakin kepada ajaran yg dibawa oleh nabi.

Ini dapat dilihat pada peristiwa Nabi Musa a.s. berhadapan dengan ahli sihir Firaun. Nabi Musa a.s. telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mencampakkan tongkatnya dan tongkat tersebut menjelma menjadi ular yang lebih besar drpd ular-ular ahli sihir Firaun malah menelan semua ular-ular tukang sihir firaun.

Apabila tukang sihir Firaun menyaksikan kehebatan mukjizat Nabi Musa a.s. , mereka terus beriman kpd Nabi Musa a.s. sehingga menyebabkan kemarahan Firaun.

Tukang sihir Firaun beriman kpd Nabi Musa a.s. , setelah menyaksikan mukjizat Nabi Musa a.s. , begitu yakin kpd mereka , sehingga berani menerima risiko ancaman Firaun yg mahu menghukum mereka dengan hukuman yg berat. Peristiwa ini telah dirakam didalam al Quran surah Ta-Ha ayat 69
& 70:

(69) " Dan lemparkanlah apa yg ada ditangan kanan kamu , niscaya ia akan menelan apa yg mereka perbuat. Sesungguhnya apa yg mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir ( belaka ). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana sahaja ia datang."

Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya menjadi ular yg lebih besar lalu menelan semua ular-ular ahli sihir Firaun:

(70) " Maka keadaan yang yg demikian itu menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri dengan bersujud , sambil berkata: Kami telah beriman kepada Tuhan yang telah mengutuskan Nabi Harun dan Nabi Musa".


Nabi-nabi yang lain seperti Nabi Isa a.s., Nabi Soleh a.s. , dan Nabi Muhammad s.a.w. juga diberikan mukjizat dalam bentuk pancaindera atau hissi kerana ia boleh disaksikan dengan pancaindera iaitu dilihat dengan mata oleh mereka yang ada bersama-sama dengan nabi ketika mukjizat itu berlaku ketika itu.

************

No comments:

Post a Comment