Sunday, February 7, 2010

Latihan Menghafal al Quran

Memang dah lama terpahat dihati ini. Ingin menjadi seorang hafiz. Dengan izin Allah Yang Maha Esa, saya kini telah memulakan latihannya bersama-sam Ustaz Bukhari, imam dari Masjid Bandaraya Kuching.

Latihan ini dipersetujui 3 kali seminggu selepas solat Maghrib. Latihan pertama pada hari Rabu yang lalu dan latihan yang keduanya pada malam ini. Al Hamdulillah.

Pokok utama untuk mencapai kejayaan kata Ustaz ialah: Kita mesti istiqamah. " Apa maksud istiqamah itu Ustaz?" saya bertanya: " "Konsistensi!", jawab Ustaz.


*************

No comments:

Post a Comment