Wednesday, May 26, 2010

ZINA SATU JENAYAH

Zina satu jenayah yg besar dalam Islam. Satu perbuatan keji yang akan membawa pelakunya kejalan sejahat-jahatnya. Allah berfirman yg bermaksud:

Dan janganlah sekali-kali kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perkara yg amat keji dan sejahat-jahat jalan" (Surah al Israk ayat 32).

Menurut Kitab tafsir Al Qurtubi: jalan zina adalah jalan ke neraka jahannam.

Oleh kerana zina amat dikutuk oleh Allah dan RasulNya dan ianya akan menyebabkan kehilangan maruah, merosakkan keturunan, memporak-peranda rumah-tangga, dan membebankan negara dengan masalah-masaalah sosial yang berat seperti anak-anak luar nikah yg bertaburan tanpa penjaga dan berbagai lagi. Maka Allah swt telah menetapkan hukuman yang sesuai dgn kesalahan tersebut.

Hukuman Allah keatas penzina ialah terdpt didlm firman didalam Surah An Nur: Ayat (2)

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya 100 kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kpd Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kpd mereka itu oleh sekumpulan orang yang beriman".

Sekali imbas adalah dirasakan bahawa hukuman yg ditetapkan oleh Islam keatas penzina , samaada belum berkahwin ataupun telah berkahwin, pada lahirnya kelihatan amat kejam dan seolah-olah keterlaluan , sehingga ada orang Islam sendiri yang bersungut : seolah hukuman itu tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukan.

Sungutan itu dgn sekali pandang seolah-olah ada benarnya, , kerana orang yg dihukum rejam dgn batu biasanya akan menemui maut. Apabila yang dihukum rejam itu mati dihadapan khalayak ramai , maka tentulah banyak yg tertanya-tanya sekurang-kurangnya didlm hatiya : mengapa hukuman mati dikenakan ke atas seorang yg hanya berzina . Lainlah halnya jika hukuman mati itu dikenakan kpd seorang pembunuh? kerana pembunuh memang wajar dibunuh balas. Nyawa dibayar nyawa. Itulah amalan yg lumrah didapati di dlm kebanyakan undang2 ciptaan manusia hari ini.

Jika kita diteliti dgn penuh insaf kpd jenayah zina dan segala akibatnya kpd diri, masyarakat dan negara, maka mahu tidak mahu mestilah diakui sebenarnya memang ada perkaitan yg rapat antara penzinaan dan pembunuhan. Dalam kata lain: sebenarnya penzina adalah pembunuh yg kejam. Perbuatan zina adalah perbuatan membunuh keturunan. Memperhambakan diri kpd syaitan dan nafsu kebinatangan, untuk mencapai kelazatan yg sekejap, tanpa menghitungkan akibat buruk yang akan ditanggung sepanjang zaman oleh diri, masyarakat dan negara.

Penzina adalah perosak masyarakat. Apa yang selalu dihasilkan oleh zina ialah ialah anak-anak haram yg menjadi beban bukan sahaja kpd masyarakat, malah kpd negara. Jika ditinjau kepada proses kelahiran anak-anak haram itu , maka kita akan mendapati kisah yang sangat menyayat hati. Sebelum anak-anak itu di lahirkan, berbagai-bagai percubaan untuk membunuhnya sejak dalam kandungan lagi, telah dilakukan dgn cara yg kejam. Sebagai contohnya lihat sahaja kpd laporan yang pernah disiarkan di mukadepan UtusanMelayu berrtarikh 20 April 1978. " PUSAT PENGGUGURAN KORBANKAN 3,000 ( TIGA RIBU ) BAYI DALAM KANDUNGAN".

Selang tidak berapa lama kemudiannya, tersiar lagi berita terbongkarnya satu lagi pusat pengguguran bayi yang telah mengurbankan beribu-ribu bayi dalam kandungan. Semuanya itu pada umumnya adalah hasil dari perbuatan zina.

Jika sekiranya anak-anak zina itu tidak berjaya dibunuh semasa dalam kandungan dan ianya lahir tanpa diminta atau disambut kelahirannya, menurut semestinya, anak-anak itu akan ditanam hidup-hidup, seperti yg disiarkan didalam akhbar-akhbar. Atau dicampak kedalam tong-tong sampah, atau dibuang ditepi-tepi jalan yang kadangkalanya menjadi makanan anjing dan sebagainya.

Jika anak-anak itu masih juga selamat dari pembunuhan yang kejam itu, dan ianya terus hidup seperti manusia biasa, maka pada hakikatnya kanak-kanak telah dibunuh secara perlahan-lahan. Ianya terseksa sepanjang hidup, yang akhirnya menjadi beban kepada masyarakat dan negara. Itulah akibat dari perbuatan zina. Oleh yang demikian memang wajarlah hukuman keatas penzina itu didahsyatkan memandangkan kepada akibat yang amat dahsyatnya implikasi daripadanya kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Setiap keinginan yang melampaui batas, tidak saja menjerumus ke jurang dahsyat, malah juga merosak orang lain. . Nafsu bilamana melebehi batasan, sedikit pun tidak ada baiknya. Dalam konteks kefahaman Islam terhadap tabiat manusia dan hajat keperluan nalurinya, , serta kerana pentingnya keperluan memenuhi keseimbangan keperluan jasmani dan rohani, Islam menganggap naluri seks sebagai satu kekuatan yang di alami dalam kejadian manusia yang harus diarahkan pada batas-batas tertentu.

Menyaluri naluri seks adalah satu keharusan , dengan syarat ianya menurut ketentuan-ketentuan dan perikemanusiaan, sesuai dengan fitrah menyalurkan naluri seks merupakan kelazatan dan kenikmatan. Akan tetapi bukanlah kenikmatan semata-mata yang menjadi tujuannya.

Diantara tujuan-tujuan yang positif ialah:

1. - Menjalinkan ikatan kasih sayang teruna-dara pasangan suami-isteri sesuai dengan maksud Al-Quraan surah Ar-Rum ayat 21 -

" Di antara tanda-tandaNya, Ia ciptakan jodoh untukmu dari dirimu untuk kamu bersenang-senang dengannya, dan Ia mengadakan sesamamu kasih sayang serta rahmat".

2, - Membina keluarga tempat menetap dan istirehat. Seorang lelaki adalah pemimpin rumahtangga dan bertanggungjawab keatas anggotanya. Wanita juga pemimpin dan bertanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat dan kumpulan bawahannya.

3. - Kesinambungan zuriat manusia , memperbanyak keturunan serta membangun kehidupan. Ini adalah ketentuan sunnah alamiah dan fitrah kehidupan yang telah ditetapkan oleh Allah.

4. - Mendapatkan kenikmatan rohani dan jasmani bagi manusia

Inilah persepsi Islam terhadap seks. Suatu pandangan yang berpijak pada kecenderungan fitrah manusia secara terperinci dan ciri-ciri khusus jiwa dan raganya, dengan memperhitungkan impak yang ditimbulkan dan tujuan yang akan dicapai.

Pengajaran Al Quran Surah At-Tin Ayat 4 - 6 :

"Kami menciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk . Kemudian kami kembalika dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan , bagi mereka pahala yang tidak putus-putusnya".

Khutbah disampaikan oleh Ustaz Baharuddin.

No comments:

Post a Comment