Tuesday, August 31, 2010

TUKAR DALAMAN UNTUK BAIKI LUARAN



Bismilahirahmanirahim.

Setiap kejadian mempunyai pasangan (1) Gelap pasangannya terang, (2) Atas pasangannya bawah, (3) senang pasangannya susah, (4) cantik pasangannya buruk, (5) banyak pasangannya sedikit dan (6) luar pasangannya dalam.

Setiap hasil yang terjadi adalah daripada benda yang kita tak nampak. Contohnya pokok yang menghasilkan buah yang sedap bergantung pada akarnya. Untuk menghasilkan akar yang kuat harus letakkan baja yang bagus.

Kita boleh nampak hasil buahnya tetapi tak nampak akarnya kerana akar berada di dalam tanah. Maksudnya , untuk hasilkan benda yang nampak, ianya bermula dari benda yang tak nampak (akar).

Luaran kita sekarang sama ada kita susah , kaya, sakit , gembira , resah…semuanya berpunca dari dalaman kita. Kalau luaran kita gagal, maksudnya dalaman kita juga gagal. Jika kita ingin tukar luaran kita contohnya dari miskin ke kaya atau sakit ke sihat, betulkan dalaman kita dahulu.

*****

KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2)
Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3)
Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4)
Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5)
Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6)
Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7)
Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8)
Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9)
Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10)
Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11)
Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12)
Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

****

I AM NOT STUPID


One truck driver was doing his usual delivery to Mental Hospital. He discovered a flat tyre when he was about to go home. He jacked up the truck and took the flat tyre down. When he was about to fix the spare tyre, he accidentally dropped all the bolts into the drain. As he can't fish the bolts out, he started to panic.

One patient happened to walk past and asked the driver what happened The driver thought to himself, since there's nothing much he can do; he told the patient the whole incident.
The patient laughed at him & said "can't even fix such a simple
problem...no wonder you are destined to be a truck driver..." Here's what you can do, take one bolt each from the other 3 tyres and fix it onto this tyre. Then drive to the nearest workshop and replace the missing ones, easy as that"

The driver was very impressed and asked
"You're so smart but why are you here at the Mental Hospital?" Patient replied: "Hello, I stay here because I'm crazy not STUPID!"
******

Monday, August 30, 2010

SOLAT BERJEMAAH - KEBAIKAN SAF DI HADAPAN

Kita biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.

Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Inilah bukti anjuran Islam dalam menggalakkan umat agar berebut untuk menunaikan solat di barisan pertama.

Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan.

Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat. Apa yang penting, asalkan solat berjemaah saja?

Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat berjemaah.

Marilah kita hayati peringatan Nabi SAW ini: “Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).

Ini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat dalam mengerjakan solat berjemaah. Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa Rasulullah SAW mendapati ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan diri mereka untuk menyertai saf pertama, lantas Baginda SAW mengingatkan mereka:

“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka.” (hadis riwayat Muslim). Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi SAW itu. “….akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan meninggalkan saf yang pertama…”. Mungkin kitalah kaum yang dikatakan Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah.

Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW ada mengatakan: “Hadirilah solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun ia memasukinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya tidak membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di masjid. Jangan biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di saf belakang, sebaliknya mulalah memilih dan segera mara ke saf paling depan dan hampir dengan imam.

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa solat berjemaah yang berkualiti ialah solat seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang didoakan malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.

Berita Harian


Sunday, August 29, 2010

FASTING: RULES AND REGULATIONS

1. Fasting in Ramadan is necessary for every sane grown Muslim, both male and female.

2. The time of fasting begins shortly before dawn and ends at sunset.

3. The way of fasting is to abstain from drinking, eating and sexual acts.

4. The following are exempted from the fasting obligations:

a. Those who are sick.

b. Those who are traveling a distance not less than 50 miles.

c. Women with breast feeding children or pregnant.

d. Women during their each month menstruation period (they’re exempted and also disallowed to fast).

5. Days of fasting so missed are to be settled, when the cause of immunity is over, any time after Ramadan excluding the Eid days, the fasting of which is forbidden.

6. Full freedom from fast is allowed to those who are permanently disabled by reason of incurable disease or age. They, however, can feed a miserable person for one day or pay the cost of food sufficient to feed him for one day for each day of fast that is missed.

7. One must have the intention during the night to fast the following day of Ramadan.

8. Fasting is voided if a person during the fasting hours, deliberately drinks, eats, smokes, vomits, commits a sexual intercourse or emission or lets an object, pass across the throat or any other natural opening of the body. However, if one breaks his or her fasting by the commission of deliberated intercourse, a serious kaffarah (atonement) applies. The atonement may be fulfilled by fasting sixty sequential days or, if not able to do so, by feeding sixty poor persons for one day.

9. Fasting continues valid if an act breaking the fast should occur through obsession or error or forgetfulness.

10. Using eye drops, or receiving intravenous or inter-muscular injections, bathing the body, or brushing the teeth, or rinsing the mouth (while looking not to swallow), or applying cosmetics or perfume during the hours of fasting do not constitute breaking the fast.


***********

Wednesday, August 25, 2010

KEEP YOUR DOOR OPEN - Donald Trump

I'm always taken aback when people say, " oh, he's got it made," as if that's is the end of the conversation about a person. They seem to be saying that the person can just check out and coast because he's already arrived.

To me , arriving means something is about to begin. Graduation from college is a beginning, not an ending. Each success is the beginning of the next one.

Learning is a new beginning that we can give ourselves everyday.

A know-it-all is like a closed door. Everyone who knows me knows I keep the door to my office open. It's symbolic of the way I choose to think, and it's the way I operate. My father was much the same. He once said to me, "You know, the more I learn, the more I realize I don't know. I think that has kept me young at heart more than anything else."" It was an offhand comment, a quiet realization he mentioned to me one day when I was reading, but it has stuck with me for decades.

Everyday is a reminder to me of how much I don't know. Everything I learn leads me to something else I didn't know. Fortunately, I don't pride myself on being know-it-all, so everyday became a new challenge. People ask me what keeps me going, and this is probably the closest answer to the truth. If I end the day without knowing more than I did when I woke up, it makes me wonder: What did I miss out on today? Am I getting lazy? I am a disciplined person, and this thought alone can make me going.

We'ave all heard the phrase "create of habit ". That can be good or bad, depending on your habits. I've cultivated the learning habit over the years, and it's one of the most pleasurable aspect of my life. Everyone in my family knows I'm big on education - not just Ivy League education, but all education, and for people of all ages. That also applies to me, and while I got very good grades in school, I do not have time to be scholar. Still, it's something I aspire to in my quite time. Possibilities unfold. The worlds open up.

My sister Maryanne introduced me to the writings of Aldous Huxley. He was such a learner that when he was faced with nearly-total blindness as a young man, he learned braille and continued his studies anyway. His description of this predicament had not a trace of self-pity. In fact he mentioned, that it had offered some benefits: He could now read in bed at night and his hands would never get cold because he could read with his hands under the cover.

Learning begets learning. I'd rather be stimulated than than passive.

You can't wear a blindfold in business. A regular part of your day should be devoted to expanding your horizons.

We live in a big world, and it is important for us to be aware of cultures other than our own. I have always live in the United States, but I make an effort to be informed about other cultures. That's easy to do in New York City, the most diverse and exciting place on earth.

Someone who had been living abroad for a few years told me , upon returning home, that a frequent comment about Americans is that you always know exactly where we're coming from. The flip side of this is that we rarely know where anyone else is coming from. We are very much up to the snuff about our own national events, but we are less aware of what's happening in other countries. All of us need to pay more attention to events outside our own realm. We are connected to each other in so many ways - politically, socially. Perhaps one of the reasons I've been able to sell and rent apartments to people of so many foreign nationalities is that I've made an effort to understand where they're coming from.

Learn something new, whether you think you're interested in it or not. That's the opposite of having a closed mind - or a closed door. I can thank my father for the example he set. It was the key to his remaining young and dynamic into his nineties. It can do the same for you, if you make the effort.

*******

ADOLF HITLER IS JEWISH

Adolf Hitler 20 April 1889 – 30 April 1945) was an Austrian-born German politician and the leader of the National Socialist German Workers Party (German: Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei, abbreviated NSDAP), commonly known as the Nazi Party. He was Chancellor of Germany from 1933 to 1945 and, after 1934, also head of state as Führer und Reichskanzler, ruling the country as an absolute dictator.

A decorated veteran of World War I, Hitler joined the precursor of the Nazi Party (DAP) in 1919 and became leader of NSDAP in 1921. He attempted a failed coup called the Beer Hall Putsch in Munich in 1923, for which he was imprisoned. Following his imprisonment, in which he wrote his book, Mein Kampf, he gained support by promoting German nationalism, anti-semitism, anti-capitalism, and anti - communism with charismatic oratory andpropaganda.

He was appointed chancellor in 1933, and quickly transformed the Weimar Republic into the Third Reich, a single-party dictatorship based on the totalitarian and autocratic ideals of national socialism.

Hitler ultimately wanted to establish a New Order of absolute Nazi German hegemony in continental Europe. To achieve this, he pursued a foreign policywith the declared goal of seizing Lebensraum ("living space") for the Aryan people; directing the resources of the state towards this goal. This included the rearmament of Germany, which culminated in 1939 when the Wehrmacht invaded Poland. In response, the United Kingdom and France declared war against Germany, leading to the outbreak of World War II in Europe.[2]

Within three years, Germany and the Axis powers had occupied most of Europe, and most of Northern Africa, East and Southeast Asia and the Pacific Ocean. However, with the reversal of the Nazi invasion of the Soviet Union, the Allies gained the upper hand from 1942 onwards. By 1945, Allied armies had invaded German-held Europe from all sides. Nazi forces engaged in numerous violent acts during the war, including the systematic murder of as many as 17 million civilians, an estimated six million of whom were Jews targeted in the Holocaust and between 500,000 and 1,500,000 were Romanis. Others targeted included ethnic Poles, Soviet civilians, Soviet prisoners of war, people with disabilities, homosexuals, Jehovah's Witnesses, and otherpolitical and religious opponents.

In the final days of the war, during the Battle of Berlin in 1945, Hitler married his long-time mistress Eva Braun and, to avoid capture by Soviet forces less than two days later, the two committed suicide on 30 April 1945.

**********