Tuesday, August 31, 2010

TUKAR DALAMAN UNTUK BAIKI LUARAN



Bismilahirahmanirahim.

Setiap kejadian mempunyai pasangan (1) Gelap pasangannya terang, (2) Atas pasangannya bawah, (3) senang pasangannya susah, (4) cantik pasangannya buruk, (5) banyak pasangannya sedikit dan (6) luar pasangannya dalam.

Setiap hasil yang terjadi adalah daripada benda yang kita tak nampak. Contohnya pokok yang menghasilkan buah yang sedap bergantung pada akarnya. Untuk menghasilkan akar yang kuat harus letakkan baja yang bagus.

Kita boleh nampak hasil buahnya tetapi tak nampak akarnya kerana akar berada di dalam tanah. Maksudnya , untuk hasilkan benda yang nampak, ianya bermula dari benda yang tak nampak (akar).

Luaran kita sekarang sama ada kita susah , kaya, sakit , gembira , resah…semuanya berpunca dari dalaman kita. Kalau luaran kita gagal, maksudnya dalaman kita juga gagal. Jika kita ingin tukar luaran kita contohnya dari miskin ke kaya atau sakit ke sihat, betulkan dalaman kita dahulu.

*****

No comments:

Post a Comment