Friday, October 8, 2010

ADAB-ADAB BERPUASA

Tidak sepatutnya kalau kita hanya berpuasa pada bulan Ramadhan sahaja. Sekiranya begitu bermakna kita telah melepaskan peluang untuk merebut keuntungan dengan puasa sunat dan juga kita tidak mengambil peluang merebut darjat yang tinggi didalam syurga Firdaus. Kita akan menyesal apabila melihat pahala orang lain yang banyak berpuasa sunat seperti banyaknya bintang-bintang berkerlipan dilangit. Mereka jauh lebih tingginya darjatnya dari kita.

Didalam tahun-tahun ada hari-hari tertentu yang mempunyai kelebihan dan ganjaran yang sangat banyak bagi orang berpuasa padanya, sebagaimana yang pernah disebut didalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Hari-hari yang dimaksudkan itu ialah:

1. Hari Arafah ( 9 zulhijjah ) sunat berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji.
2. Hari Asyura ( 10 Muharram) ( dan juga sunat berpuasa pada hari tasu'a ( 9 Muharram)
3. Sepuluh hari yang pertama daripada bulan Zulhijjah.
4. Sepuluh hari yang pertama daripada bulan Muharram.
5. Bulan Rejab
6. Bulan Shaaban
7. Bulan-bulan haram ada 4 berturut-turut iaitu Zukkaedah, Zulhijjah, dan Muharram dan satu bulan yang tunggal iaitu bulan Rejab.

Didalam sebulan pula ada hari-hari yang tertentu yang mempunyai kelebihan berpuasa sunat, iaitu:

1. Setiap hari awal bulan
2. Pertengahan bulan
3. akhir bulan, dan
4. Hari-hari bidh ( puteh) iaitu hari tigabelas, empatbelas dan limabelas.

Didalam seminggu pula ada hari-hari yang mempunyai kelebihan berpuasa iaitu hari Khamis, Jumaat dan Isnin.

Dan janganlah kita mempunyai anggapan bahawa puasa itu hanyalah dengan meninggalkan makan, minum dan jimak sahaja. Tetapi puasa adalah lebih luas daripada itu.

Petikan daripada Buku Bidayatul Hidayah Karangan Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a. terbitan Khazanah Banjariah N0.3 Jalan Sheikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, Maahad Tarbiah Islamiah, Derang, Pokok Sena. Kedah Darul Aman. Ph: 04-7143712
( Edisi rumi Feb 1994)

No comments:

Post a Comment