Friday, November 5, 2010

MONOPOLI OLEH TV BERBAYAR – ASTRO

MONOPOLI OLEH TV BERBAYAR – ASTRO

Di negara-negara membangun seperti Amerika dan UK, terdapat undang-undang untuk menghalang kegiatan monopoly dan sebuah Monopoly Commission ditubuhkan untuk mengawal kegiatan monopoli sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat besar. Satu contoh yang terbaik ialah kegiatan monopoli Microsoft yang telah diharamkan di Amerika Syarikat demi kepentingan awam.

Dalam hal TV berbayar (Pay TV) di Malaysia, kelihatan tiada sebarang ruang untuk syarikat-syarikat lain bergiat dalam lapangan ini. Kerajaan seharusnya mengawal kegiatan monopoli tv berbayar ini dan menggalakkan persaingan berlaku dengan membenarkan pemain-pemain lain turut serta dalam lapangan perniagaan ini. Ia adalah untuk kebaikan pengguna dan negara.

Memestikan Free-To-Air (FTA) rangkaian-rangkaian RTM (TV1, TV2), TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Kerajaan perlu memastikan setiap penyedia perkhidmatan untuk memastikan rangkaian-rangkaian ini disediakan tanpa sebarang kos. Ia adalah untuk mengurangkan kos-kos kemudahan yang tidak sepatutnya ada untuk mendapatkan siaran-siaran FTA. Untuk penyiar FTA pula, ia akan menggalakkan lebih ramai penonton menerusi pelbagai penyedia perkhidmatan.

Untuk penyedia kandungan dari luar negara memasuki ruang tv negara, isi kandungannya perlulah dipastikan senang untuk diperolehi oleh penyedia perkhidmatan dalam negara tanpa hak eksklusif. Sebarang perbincangan mengenai hak antara penyedia perkhidmatan dengan penyedia kandungan perlulah atas dasar komersial. No hogging of content and/or platform rights should service providers DO NOT have the means nor plan to deliver on those platforms. Sebagai contoh, ASTRO mempunyai hak eksklusif terhadap kandungan IPTV, sebaliknya mereka sendiri tidak mempunyai kemudahan IPTV.

Untuk menggalakkan pertumbuhan industri penyediaan kandungan di Malaysia, kandungan tempatan ini tidak boleh dijadikan bahan ekskusif, dan perlu dipastikan ia mudah untuk didapati oleh semua syarikat tv berbayar, tidak kira sebarang platform yang digunakan; seperti tv satelit, IPTV di talian tetap atau platform wireless. Ini akan menggalakkan pertumbuhan industri penyediaan kandungan tempatan kerana ia akan menggalakkan lebih ramai penonton. Industri penyediaan kandungan tempatan tidak kehadapan (lebih-lebih lagi tidak ramai yang mahu melabur dalam industri ini) jika kandungannya tidak disebarluaskan. Sudah tiba masanya untuk kita memastikan industri ini kembali segar sama seperti pada awal tv diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 60 – 70an dulu.

Untuk kandungan yang telah menerusi proses perbincangan dan diluluskan, perlulah dibentuk satu jawatankuasa yang akan memantau pemerkasaannya seperti yang disarankan pada item-item 1 hingga 3 di atas. Semua pemegang lesen juga perlulah mematuhi undang-undang dan peraturan.

Sekarang hanya syarikat tv berbayar, ASTRO, sahaja yang dibenarkan untuk mengiklan. Kemudahan-kemudahan tv lain tidak dibenarkan. Sekali lagi, peluang perlu diberikan untuk menggalakkan pertumbuhan. Mengapa hanya ASTRO sahaja diberikan peluang ini padahal ia bertentangan dengan kepentingan awam.

Malah, ASTRO telah mempunyai lebih daripada 118 rangkaian (menerusi platform Direct to Home via Satellite):

Hak eksklusif ASTRO:
Memegang hak eksklusif penyiaran kandungan perlawanan bola sepak utama seperti Piala Dunia, Euro Football, Olimpik dan sebagainya.

Memegang hak eksklusif rangkain antarabangsa: Movies Channels (HBO, Star Movies, berita (CNN, BBC News, CNBC) rangkain rancangan dokumentari (discovery, National Geographic, Animal Planet, History Channel) dan sebagainya.

Memegang hak eksklusif kandungan tempatan Melayu, India, China (Kantonis, Hokkien) dan dalam pelbagai platform (seperti menerusi DTH, IPTV dan sebagainya).
Memegang hak eksklusif rangkaian Movies Channel (seperti HBO, Star Movies, dan sebagainya).
DETV (Redtone – hamper kebanyakkan kandungan berbahasa Cina) – menerusi platform IPTV.
TM (29 rangkaian luar negara, tempatan, rangkaian Free To Air dan lain-lain) – Platform IPTV
Lain-lain (Select TV) – Platform IPTV

Syarikat-syarikat baru yang berpotensi (Maxis, UMobile, YTL, Celcom) – Platform IPT
Ia sebenarnya bertentangan dengan kepentingan awam apabila ASTRO diberikan hak eksklusif terhadap rangkaian rancangan seperti disebut di atas. Pendek kata, ASTRO adalah satu syarikat monopoli TV berbayar. Kerana itulah ASTRO boleh mengenakan yuran langganan yang tinggi dan pengguna tidak mempunyai pilihan untuk melanggan kerana rangkaian popular seperti Discovery, ESPN, HBO, National Geographic, Cartoon Networks, CNN, CNBC, BBC News, Al-jazeera dan sebagainya hanya boleh didapati menerusi TV Berbayar ASTRO – DTH.

Kementerian Informasi, Multimedia dan Kebudayaan perlulah mengambil langkah untuk menyekat kegiatan monopoloy ASTRO untuk semua 118 rangkaiannya. Peraturan perlu dikenakan untuk semua rangkaian rancangan di ASTRO diboleh tayangkan untuk syarikat-syarikat TV Berbayar yang lain seperti TM, Maxis, Celcom, UMobile, Redtones dan sebagainya dalam pasaran terbuka menerusi kuasa pasaran terbuka. Apabila sesuatu pasaran itu gagal (“market failure”) (misalnya harga yang terlalu tinggi dikenakan oleh ASTRO yang akan menyebabkan syarikat-syarikat TV Berbayar lain tidak mampu membayarnya), maka adalah tanggungjawab kementerian untuk masuk campur demi kepentingan awam. Jika perlu luluskanlah undang-undang penyekatan monopoli untuk menggalak persaingan yang sihat, secara langsung memberi kebaikan kepada pelanggan untuk memilih dengan kos yang lebih rendah.


YB Wee Chee Kiong.
Ahli Parlimen Wangsa Maju.

1 comment:

  1. Diperhatikan di Sabah dan Di Sarawak, kebanyakan premis di sana memasang parabola dgn bebas sekali. Kemungkinan ada undang2 dan peraturan yang berbeza dgn yang ditetapkan di Semenanjung.

    ReplyDelete