Tuesday, August 23, 2011

BONUS RM500

Saya bersua dgn luahan rasa seorang PESARA KERAJAAN MALAYSIA yg disiarkan melalui ruangan respons Harakah Daily? bertarikh 22-25 Ogos 2011.

Keluhan diterima secara e-mel oleh Harakah...yang mengeluh bukannya penulis, tetapi teman beliau seorang pesara berpunca dari pemberian bonus RM500 oleh kerajaan. Beliau bertanya apa yg boleh dapat diraikan sempena Aidil Fitri ini dgn RM500.

Penulis selanjutnya memberitahu, teman beliau itu rasa amat tertekan dengan kenaikan harga barang yg melambung. Apa salahnya penjawat awam yg sedang berkhidmat dan pasca perkhidmatan ( bersara la tu ) diberikan bonus atau bayaran khas yang setara? Beliau tidak mencadangkan sebarang jumlah yg dikehendaki.

Beliau menulis lagi dgn menggariskan Kerajaan BN dan PM memberi gula-gula kepada golongan pesara. Beliau juga memberi peringatan bahawa pesara kerajaan yg berjumlah 600 ribu boleh memberi perubahan senario politik menjelang PRU13. Selanjutnya beliau juga memberi amaran kepada Kerajaan supaya jangan meremehkan golongan ini.

Begitulah keluhan dan amaran yg digariskan kepada Kerajaan supaya lebih berhati-hati dengan golongan pesara kerajaan.

Sehubungan dgn ini boleh lah kita simpulkan bahawa pesara yg menjadi teman kepada penulis keluhan itu , bukannya dari golongan yg tahu bersyukur.

Syukur yg pertama kepada Allah. Syukur pertama kerana selepas bersara beliau masih sihat tubuh badan dan fikiran dan syukur yg ke2 pulak beliau dipilih oleh Allah untuk berkhidmat sebagai penjawat awam dengan kerajaan sehingga beliau bersara.

Sebagai penjawat awam, paling tidak beliau telah berkhidmat selama 30 tahun. Selama itulah beliau dibayar gaji oleh kerajaan. Setiap titik darah yg mengalir didalam tubuhnya dan ahli keluarganaya, dimanafaatkan dari segala kemudahan yg disediakan oleh kerajaan gaji bulana khususnaya.

Paling tidak beliau telah mempunyai rumah yg dibeli dgn skim pinjaman perumahan kerahan. Paling tidak anak2 beliau membesar dan bersekolah dgn segala kemudahan yg disediakan oleh kerajaan yg sentiasa memenuhi tuntutan keperluan fardhu kifayah.

Paling tidak anak-anak beliau berjaya menuntut ilmu hingga ke universiti. Paling tidak anak2 beliau kini berkhidmat dgn kerajaan atau badan2 berkanun kerajaan atau pun ajensi2 swasta yg melabur dgn kerajaan yg memerintah.

Paling tidak anak-anak beliau mendapat biasiswa kerajaan untuk samada untuk belajar diluar atau didalam negara. Paling tidak beliau menunaikan haji dgn segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Paling tidak beliau mempunyai wang simpanan didalam ASN yang dirancang olih kerajaan. Paling tidak beliau mendapat pemeriksaan dan rawatan perubatan percuma dari klinik2 kerajaan . Malah berbagai-bagai lagi kemudahan dan keselesan yg dinikmatinya sebagai seorang penjawat awam yang menyusul kemudian sebagai pesara.

Sehubungan dgn ini, sempena dgn munculnya bulan ibadat yg sangat mulia dan barkat ini, muhasabah dan insaflah pada segala yg dikurniakan oleh Allah kepada kita. Belajarlah erti berterima kasih pada talihayat yg disediakan oleh Allah melalui talian hubungan sesama manusia. Hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Taat kepada Allah dan RasulNya s.a.w. dan juga pemimpin selagi pemimpin itu menunaikan tanggungjawabnya yg diamanahkan oleh Allah kepadanya selaras dgn keIslaman.

Malaysia ini sebuah negara yg unik. Tidak ada pun mana-mana negara didunia ini yg sama dgnnya. Kepimpinan kita bukannya diktator. Bukan kukubesi. Bukan tiraibesi. Rakyat yg berbagai bangsa keturunan dan fahan ugama selam 54 tahun dapat hidup rukun damai. Semua ini dicemburui oleh banyak pihak. Samaada penyangak ekonomi atau pun penyangak fahaman kafir yang sentiasa mencari peluang untuk menghapuskan langsung keserasian dan kekukuhan Islam disini. Supaya kita semua dicucuk hidung kita dan kita akan kehilangan segalanya yg telah di bina selama ini.

Seeloknya disesuaikan segala cara memperbaiki keselesaan rakyat dan negara melalui rasa bersyukur dan bersepakat demi menjaga keutuhan dan kewujudan Islam yang mantap disamping menjamin kepentingan rakyat yang berbeza ras dan fahaman ugama dan anutan.

****

No comments:

Post a Comment