Wednesday, February 22, 2012

Hari ini Solat subuh berjemaah di Surau Al Ihsan Taman Ehsan. Waktu solat Subuh hari ini ialah jam 6.10 pagi.. Selesai solat, aku membaca hadith Rasul s.a.w. menggantikan Sdr Azman yg keluar mengikuti kumpulan tabligh selama 4 bulan. Buku rujukan ialah 300 Hadith dan Riadhussolihin . Jam 7 pagi selesai bacaan.

Jam 7.30 keluar morning walk bersama rakan2 seperti Hj Mokhtar, Hj Ramli, Hj Ayub Pak Long, Haji Zainal, Wan Ramli, Nawi, Hj Hamid dan beberapa lagi. Morning walk ini di sekitaran Kepong Botanical Garden (KBG). Jam 8.15 semua berkumpul di Resotaran Babussalam untuk sarapan. Ada yg pesan toseh, roti canai telur dan canai kosong.

Baca juga surat khabar dan sembang2 mengenai hal semasa.

Jam 9 pagi balik ke rumah. Cuci halaman rumah. Potong rumput dan buang sampah. Kemudiannya mandi sekali lagi dan dikuti dgn solat sunat dhuha. Jam 12 makan tengahari. Lelap sekejap selepas layan Titi dan Omar...kemudiannya bergegas lagi ke surau untuk solat Zuhur. Masuk masbuk pada rakaat kedua.

Sebelah petangnya tidak kemana-mana . Solat Asar pun di rumah. Malam pula pun solat dirumah sahaja. Selepas Isha, Akmal dan isterinya Syafiqah datang untuk ambil anak mereka Aidan dan Titi ( Aadil).

Insha Allah esok Subuh kalau umur panjang akan solat berjemaah di surau lagi...