Saturday, May 5, 2012

Hari Ahad lepas 29 April 2012 berlangsungnya mesyuarat pemilihan Nazir Masjid dan AJK yang baru bagi Masjid Al Faiizin Desajaya/Taman Ehsan, Selangor.. Aku sebagai ahli jemaah masjid dan ahli Badan Kebajikan Islam dan ahli Khairat Kematian Desajaya/Taman Ehsan pun ikut sama hadir. Malang sekali dalam semakan Senarai Anak Kariah, nama aku tidak termasuk. Kemungkinan besar silap aku sendiri yg tidak membuat semakan pendaftaran yang ditutup pada 1 April 2012.

2. Walau pun begitu aku duduk juga selepas solat sunat tahiyatul masjid 2 rakaat. Kenalan yang ada bersama ialah Haji Mokhtar Shariff ex-FELDA, Haji Othman Harun EX-MPS, Encik Nawawi Sarpah aka pemandu kereta jenazah Ex.TLDMdan  Haji Wan Ramli ex-JPM.

3. Pengumumaman untuk memulakan mesyuarat di buat  oleh Haji Hussin Cincin ( beliau seorang yang sangat intim dengan cincin). Kandungan kata-kata pembukaan beliau yang sangat  jelas ialah:  " sesiapa yang tidak ada nama didalam Senarai Anak Kariah, diminta keluar dari dewan masjid aka tempat mesyuarat. Sehubungan dengan itu, dengan penuh tertib, saya bersama dgn Hj Mokhtar, Nawawi dan Hj othman pun angkat kaki beredar dari masjid. Order is order. Kita jangan nak buat honar pulak. Ini dalam masjid. Jaga adab susila bila berada di dalam masjid.

4. Hari ini 5 Mei 2012, 7 hari kini berlalu. Saya bergunting rambut di Kedai Gunting Pak Ngah yang menyewa dari masjid. Saya bertanya samaada Pak Ngah hadir mesyurat yg saya maksudkan itu. Katanya beliau berada di Johor dan tidak dapat hadir. Bahkan beliau memberitahu ramai yang kena keluar pada hari itu selain dari saya.

5. Saya menzahirkaan pendapat dan rasa terkilan saya pada Pak Ngah secara perbualan bersama kawan, sewajarnya semua yang hadir boleh dibenarkan duduk mengikuti mesyuarat.  Jemaah yang tiada nama dalam senarai boleh duduk disebelah sebagai pemerhati. Tetapi bila masa membuang undi membuat pemilihan mereka tak boleh mengundi. Tambahan pula setiap jemaah yang berdaftar ,  mereka diberi kad rasmi untuk membuat undian. Jadi,  soal menceroboh dan kacau-ganggu yang dijangka dari jemaah yang tidak berdaftar,  tidak mungkin berlaku.

6. Dengan membenarkan jemaah yang tidak berdaftar duduk sebagai pemerhati, adalah lebih mulia dan lebih bertanggungjawab demi menjaga keharmonian hubungan silaaturrahim diantara jemaah dan komuniti khususnya orang Melayu di Desajaya/Taman Ehsan.

7. Dalam proposal AJK dan Nazir, saya nampak antara nama-nama yang akan merebut jawatan Nazir ialah Dr. Badrul Amin, Haji Dol Malik ( Nazir semasa) dan Haji Abdul Rahman Hassan, Ketua PAS Cawangan Taman Ehsan), Jawatan2 lain ialah Imam, Bilal, Siak, Timbalan Nazir, SU , Bendahari , Ahli AJK, daan Juru Odit.

8. Keputusan Mesyuarat saya belum tahu...